Friday, June 24, 2011

ENGAGEMENT STORY

Dear blog,

Assalamualaikum.

Utk kesekian lamanya tidak bersua di alam maya ini.
Maaf utk itu.
Been so busy. Sangattt!!!
Stress tu tolak tepi la.

By the way, I hope you guys are doing well.
Mcm saya nie, biasa saja.
Alhamdullilah for everything.

Lagi 6 hari saja Jun akan berakhir.
Baru hari ini saya berpeluang mengemaskini blog.
Ada satu insiden yg berlaku di awal Jun hari tu.
Hahaha...rasa mcm nak gelak pun ye, geram pun ye.

Camnie, di awal Februari, adik saya ada bagitau.
Yg dia merancang utk bertunang di bulan Jun.
Tapi tak confirm lagi sehingga diberitahu.
So, sejak tu hingga la bulan Jun menjelma.
Tiada khabar, so kitaorg takde expect apa-apa pun.

Tup-tup, member balik on Saturday of 4 June.
Tu pun takde bagitau pun yg dia nak balik.
Terperanjat beruk!!! bila dia ckp kita nak pegi Kelantan on 6.
Nak bertunang. Wei!!! Apakah???
Kelam-kelibut, hokey!
Bukan apa, we have zero preparation.
Satu apa pun tak siapkan.
Member boleh ckp, dia dah mention date of engagement.
Dia sorang je ckp mcm tu, sedangkan kitaorg satu rumah didn't even know the exact date.
Walewei, adik. Awak tu nak bertunang.
Sedih tau, buat persiapan ala-kadar je.
It's your big day.

Mmg kerja gilerrr!!!
Hari Isnin, saya terpaksa naik kerja dulu, apply cuti.
At the same time, org nak bertunang tu hangkut la mak dia.
Pegi Gulati's cari kain pasang nak buat hantaran.
Dari dulang hantaran sampai bunga hiasan, made in kedai jek.
Beli dulang yg berkaki, so that tak payah bawa pahar dan alas bagai.
Semuanya ala-kadar.
Saya ckp kat adik, saya sedih sbb persiapan bertunang dia ala-kadar jek.
Hahaha...kakak dia yg over pulak and my bro ckp, 'ini pun dah cukup bagus, kak'.
Ala, budak laki mmg simple je kan.
Tapi at least, dulang pahar dia cantik. Hahaha...

So, kitaorg bergerak ke Kelantan dlm pukul 6ptg gitu.
Perjalanan sgt mencabar.
Pakai GPS sampai GPS dah bawa kitaorg gi mana-mana ntah.
Confuse lak org satelit nie. Kita set Pasir Putih, Kelantan...dia bawa pergi Air Putih kat Pahang tu.
Sejam je dah membazir kat situ. Patah balik. Huhuhu...
Jalan punya jalan, akhirnya selamat sampai kat Pasir Putih at 6am on 7.
Sampai je kat rumah bakal abg ipar adik saya, semua org tidur.
Saya tak tidur pun sbb kena layan budak kecik tu main.
Maklum, budak kecik tu cukup tidur dlm kereta. Hehehe...
Last-last at 10, dia pun tidur lepas saya rasuahkan dia susu.
I managed to sleep for an hour.
Then bangun cari makan dan siapkan dulang hantaran.

Semua org dah bangun dlm pukul 12 gitu.
Bersiap-siap dan ready pergi rumah bakal mertua adik saya tu.
Pukul 2 lebih mcm tu, majlis bertunang pun berlangsung.
Meriah you! Seronok kitaorg.
Lepas dah berbincang bagai, jamuan makan pun disediakan.
Syokkk...sedap-sedap semua sajian.
For the first time, saya makan kuih jala emas ngan tahi itik.
Sedap tapi pasal saya tak suka manis, saya jamah sikit.
Tapi sedap la.

Majlis meriah sungguh sbb ramai saudara-mara yg dtg.
Anak saudara saya apalagi, lepas bebas.
Lepas sesi bergambar dan suai-kenal, kitaorg pun minta diri.
Memula cadangnya, nak balik JB lepas tu.
Tapi hubby saya ckp, 'kita balik esok la, sbb penat pun belum hilang'.
Ok, takpe la. Kesian hubby.
Then apalagi, kitaorg tak balik rumah tumpang tu terus.
Pergi pantai Tok Bali.
On the way tu, byk sungguh org-org jual buah tembikai.
Byk sangattt!!!
Stop kejap then Mak borong tembikai madu yg super manis tu.
Murah gilerrr!!! Kalau kat Jusco, sebiji je mencecah belasan ringgit.
Kat sana, jual 80sen je sekilo. Gilo muroh!!!
Lepas tu singgah la Pantai Tok Bali.
Lawa pantainya.
Anak saudara saya punya la seronok sakan sampai termandi.
'Ter" hokey. Bagi dia puas hati. Kalau tak merengek jek.
Balik dari pantai, hujan turun lebat.
Sampai kat rumah pun still hujan. Lebat sangattt!

Pastu Ayu (nama tunang adik saya) ckp lepas Maghrib nak bawa kitaorg pegi Wakaf Che' Yeh.
Mak saya sibuk nak beli toto la, narita la.
Apsal la asal gi Kelantan jek mesti nak beli those things.
Hehehe...layankan jek.
Kat Wakaf...alahai, just not my thing.
Org ramai, byk sgt brg yg dijual.
Taktahu nak pilih.
Makan pulak, ohoiii...malas nak ckp.
Pastu saya penat, mood shopping zero.
Mak je excited. Hahaha...
Lepas layan Mak shopping, terus la balik.
Sampai rumah, terus mimpi...zzzzzzzzzz.

Bangun pagi. Dlm pukul 6.30pg.
Mandi, siap-siap, solat subuh semua.
Pastu menyusun segala khazanah dlm kereta.
Sebelum balik tu, singgah rumah Ayu.
Family dia ajak sarapan.
Kitaorg makan nasi kerabu ngan nasi apa ntah warna kuning.
Nasi kerabu mmg syok.
Pastu kitaorg cuba makan kuih serabai.
Hehehe...so-so. Sbb tak suka manis.

Lepas makan semua, borak-borak jap, then minta diri.
Perjalanan balik, mmg best.
Siang-siang nampak la dunia.
Pastu ikut jalan tepi pantai.
Rasa lagi cepat jek.
Pastu menyinggah sana-sini.
Makan tengahari kat Terengganu.
Tapi spesifik tempat tak hingat.
Syok, ambil angin pantai.
Miera asyik la minta nak mandi.
Lain kali ye.

Pastu singgah la beli keropok lekor.
Haruslah kan. Tak sah nnt.
Pastu terus je balik.
Lalu kat Kerteh tak best.
Sbb waktu siang tak nampak lampu-lampu cantik kat tempat minyak tu kan.

Then, kitaorg singgah-singgah masjid utk solat.
Sampai rumah at 11pm.
Alhamdullilah, semuanya selamat.
Syukur.

Hai adik, janganlah buat kerja giler mcm nie lagi.
Stress dik oiii.
Apapun, Insyaallah skang nie tgh buat-buat early preparation.
Bunga pahar ngan bunga dulang dah tempah.
Dulang hantaran beli yg berkaki sajo.
Takyah la nak mengangkut pahar ngan alas bagai.
Benda-benda kecik nie, nampak je kecik.
Tapi kalau lupa, boleh stress kan.

Hohoho...kakak dia yg over.
Hehehe...
Saya mmg suka part-part camnie.

Ok, peeps...mesti muntah korang baca entry nie.
Hahaha...takpe kan.

(sorry tak upload gambar sbb gambar2 dlm digicam telah diupload dlm my lappy)
(Ini kes malas nak upload 2kali. Hehehe...)

0 comments: