Assalamualaikum.
Opening yg sgt cliche.
Tanya org how's day?, how's life?, how are you?
Boring kan?
Dah tu? Nak tanya camna lagi?
Sorry, kalau mcm takde manner ke apa ke.
Tapi mmg dah ketandusan idea.
Huhuhu...jgn mara ye.
Eh, korang tgh buat apa tu?
Saya tgk tv sambil tgk internet juga.
Oh ye, dah terlanjur cerita pasal rancangan-rancangan kat tv tu,
Saya nak share sikit la pasal senario drama mahupun filem tempatan kita masa kini.
Sejak kebelakangan ini, I mean 2-3 tahun lepas,
Kita terlalu byk disogok dgn filem-filem seram.
Baik seram yg betul-betul seram mahupun seram kelakar.
Seram kelakar nampak mcm funny yg tak kelakar, hokey.
Serius, mcm ntah apa-apa jek.
Saya akui saya mmg takut nak tgk cerita-cerita sebegini.
Tak kisah kalau korang nak dok gelakkan.
Kategorikan saya sebagai seorang yg penakut.
Silakan. Hehehe...
Taruk la siapa pelakonnya pun, kalau takde kekuatan jiwa dan minda,
Saya mmg tak pernah kisah dgn cerita-cerita mcm nie.
Kata org tak ambil 'pot' pun.
Baik kat tv mahupun di pawagam.
Demi untuk tidak meghadkan genre cerita,
Saya pernah menonton cerita ANAK lakonan Erra Fazira dgn Ateh.
Itupun kerana Erra Fazira yg berlakon. (hehehe...)
Tapi, pergi tgk dgn budak yg mcm takde jiwa takut kekdahnya.
Yg saya nie dah terpekik-terlolong dlm panggung.
Ah! persetankan semua yg ada kat situ.
Jerit tetap jerit.
Kata tgk cerita seram...kan?
Haruslah ada pekik-lolongnya. Ye tak?
Since then, saya mmg takut dah.
Lepas tu lambakan cerita-cerita seram kat tv dan filem di pawagam,
Saya tak ambil kisah langsung.
Kalau org heboh bercerita pun saya senyum jek.
Sampailah suatu masa, saya mcm terpanggil nak tgk filem hantu Khurafat.
Tgk trailer mmg seram.
Tapi entah kenapa, nak tgk sgt cerita tu.
Lalu saya suarakanlah pada si Ateh.
Eh!!! Org serius nak tgk, dia gelak-gelakkan kita.
So, kitaorg pergilah tgk akhirnya.
Tak ingatlah bila.
Yg saya nie berdebar-debar bagai nak rak.
Khurafat mmg best.
Saya asyik jerit jek.
Yg member tu gelak-gelak sbb tgk saya jerit-jerit.
Eh! Cerita tu seram, hoccayyy!
Barulah thrill.
Baru saya tahu, dia sendiri pecahkan rahsia.
Ateh ckp, dia tutup mata bila ada scene yg kat hutan tu.
Ho'ala! Apa kes tutup-tutup mata.
Nie ha (tunjuk diri sendiri) takde pun tutup-tutup mata.
Tu cara-cara penakut tu. Hishhh...shame-shame la, Teh.
Wakakakaka...

Hishhh...dah la dlm hutan dukung mayat lak tu.
Minta ampun.
Akhirnya saya berjaya dgn cerita hantu. Yeayyy!!!
Thanks la Shamsol Yusof.
Khurafat mmg best, at least to me.
Saya pun mmg tak pernah miss tgk movie-movie arahan dia.
Lepas Khurafat, saya tetiba terpanggil nak tgk Anjasmoro.

Masa tu tgh lepak ngan hubby kat Executive Lounge, Mutiara Inn.
Sambil layan hot tea, layan juga Anjasmoro yg masa tu first episode.
Terus lekat dan tak pernah miss satu episod pun.
Tapi bila buat review kat ofis ngan kawan-kawan, hmmm...
Kekadang Ateh tak tgk. Hallaaa...potong stim.
Best cerita nie tapi yg tak puas hatinya...the ending.
Ada ke setan boleh menang!???!
Tak puas hati hoccayyy!
Mesti ada sambungannya.
Suka Eja. Cantik, lawa dan kurusss!
Then, last Saturday on 28 May tu.
Hubby ngan saya layan Karak pulak.

Cerita nie so-so.
Sorry to say Karak was not as good as Khurafat.
Hantu Karak mmg takut tapi saya tak jerit pun.
Eh! Camna tu? Hahaha...saya pun tak faham.
Hehehe...
Tapi ada gak hantunya mcm tak logik.
Dah rupa alien pulak.
Tak relevan hantu tu.
Shahir, first time acting tidak mengecewakan.
Along, mcm biasa la. Dia mmg actor.
Yg sorang tu, hmmm, boleh digilap lagi.
Harap selepas nie, KRU boleh buat filem seram yg lagi best.
After all, ini pun first time movie seram from KRU kan?
Hmmm...mcm tu la kisahnya.
Saya sekarang nie dah berani sikit-sikit nak tgk cerita seram.
Tapi bila dtg takutnya...mmg saya takut.
Ok...bye-bye!
0 comments:
Post a Comment