Tuesday, June 12, 2012

LIFE IS NEVER PERFECT

Dear blog,

Assalamualaikum,

Alahai...sorry ye blog.
Saya seperti tidak menunaikan janji.
Janji utk update blog secara kerap.
Tu lah...hati nie meronta nak hapdet tapi jiwa kosong.
Camna???

Ok, peeps!
How are you doing?
Saya...Alhamdullilah.
Even ada crack here n there...that's normal la kan.
Hidup nie ada pasang-surutnya.
Ada benda buat kita happy.
Ada benda buat kita mcm gggrrrrrrrrr...
Itulah hidup namanya.
Kenalah kuatkan jiwa, kuatkan hati.
Kalau tak, ha! ada cerita terjun bangunan kang!
Selisih.

Last month, adalah  feel down on some matters.
Kita dok diam-diam, tak kacau sesapa pun.
Tapi tu pun tak boleh senangkan hati org lain.
Saya takleh nak puaskan hati semua pihak.
Kalau saya jaga hati dia-dia-dia, hati saya???
Takde pun org kisah.
Tapi makin kita diamkan, makin 'berbunyi' dia.
Dia ingat kita suka sgtlah tu.
Tak semestinya saya diam, saya taktahu apa yg berlaku.
I know what U did!!!
Every step that you made.
Tak payah susah-susah cari cerita, cerita will come back to me.
So don't cross the line, kalau takmo tgk 'gunung-berapi' meletup.
Berpada-padalah ye.

Then, sibuk memikirkan satu benda nie.
Fuhhh...(picit kepala yg tak pening)
Mcm2 perkara kena buat secara teratur.
Takpe, mana yg boleh kita bolehkanlah.
Yg tak boleh tu, diam-diam sudehhh.
Bukan prinsip, kalau tak boleh tetap nak dibolehkan.
Org lain mungkin, Insyaallah bukan diri ini.
Jadilah lebih realistik.

Life is never perfect, that is the fact.
But all that matters is how we make it worth living for.
Be grateful.


Wednesday, May 16, 2012

OBS & I

Dear blog,

Assalamualaikum.

Ye-ye-ye...saya tahu!!! ;)
Sudah sekian lama menghilangkan diri.
Tanpa khabar dan berita.
(Alololo...mcmkan ramai yg kisah dgn 'kehilangan' itu)
Sorry la byk2 kerana tak punya kesempatan langsung utk update blog.

Sebenarnya byk gak idea dan cerita yg dtg.
Tapi kena susun sebaiknya agar taklah kelam-kabut.
Aduhaiii...mmg bercinta dibuatnya bila blog sudah lama terbiar.

Bukan apa Uolls, I tetiba jadi busy, not sure naturally or buat-buat busy.
Tapi yg penting mmg busy.
Ok, saya nak cerita pasal pergi kursus yg 'hazab'.
Hahaha...saya memang nan-hado!

After done with the wedding on early February, saya terus busy tak hengat.
Three days je yg saya ada tuk buat preparation pergi kursus OBS.
Kelam-kabut juga sbb nak cari brg2 yg perlu dibawa.
Robek poket sbb kena beli byk benda.
Pastu paling leceh bab PACKING! Hate it.
Tapi nak harapkan siapa lagi, buat je la sendiri.

Saya pergi kursus OBS dari 9 hingga 17 Febuari 2012.
Those who are not familiar, what is OBS, lemme explain it a bit.
OBS is Outward Bound School.
Lebih kurang maksudnya, sekolah pertahanan fizikal dan mental.
Mmg saya kena habis-habis! Nuff said!
Tough sungguh.
Takde kekuatan nak taip setiap hari punya cerita selama 9 hari saya di sana.
OBS nie berpusat di Lumut, Perak.
Dekat dah dgn Pulau Pangkor.
Kalau terror berkayak, boleh sampai.

Secara ringkasnya, saya byk belajar benda yg totally against me!!!
Buat, wall climbing, rafting, belajar buat khemah dan tgk map&kompas, water confidence training, kayak, whaler, jungle hiking, camping, jogathon, community service and BBQ night.

Wall Climbing
Never dream to do this. I did it half way! See? Kesian saya sbb dah gayat. Serius punya gayat. Last2 turun je. Mmglah saya hampa sbb tak dpt sampai puncak tp I know myself better.

Rafting
Oklah sbb kita buat in team. Had fun! Walau saya mencari seribu kekuatan utk berada di laut, saya gagahkan juga. Alhamdullilah, saya berada juga di laut...akhirnya. Tapi hati kat dalam, Allah je yg tahu bagaimana bergeloranya.

Khemah dan Peta/Kompas
Zaman sekarang jaranglah org nak buat khemah yg tiga segi tu je. Semua pun pakai khemah yg dah siap yg cantik-cantik tu kan. Brand Coleman lg. Tp kat OBS nie, belajarlah buat khemah dan ikat tali yg pelbagai which I was totally forgot masa belajar kat sekolah dulu, masa jadi Renjer Puteri. Mmg kalau buta-buta, korang campak saya kat hutan, alamatnya menangis tak berlagulah. Hahaha...

Tak lupa juga, belajar tgk peta dan kompas. Kalau sekarang nie org pakai GPS je. Hmmm...kat OBS nie mmg konsep, BACK TO BASIC. Redho je la.

Latihan Water Confidence
Masyaallah!!! Dah nama pun takut air, korang bayangkan saya dgn muka terpisat-pisat, buat muka paling kesian pun, trainer suh juga terjun dlm laut tu. Kalau dlm kolam renang, boleh lah ampun lagi. Nie ha amek ko! Selautan terus dia bagi. *pengsan* Tapi tak pengsan la.

Latihan nie adalah persediaan tuk berkayak dan juga whaler. Trainer dah pesan jgn telan air laut byk sgt sbb dikhuatiri dehidrat. Gile ko, saya terkapai-kapai dlm laut tu, haruslah tertelan-telan air masin tu. Hahaha...good experience in fact. Yg ngerinya, trainer suh masuk dlm kayak and practice dia terbalikkan kayak tu, then you know what you should do at that time. Biarkan diri kita tenggelam sbb kita akan berpusing balik naik atas air (make sure U push yourself out from the kayak), pastu pergi ke hujung kayak, tarik tali kat hujung kayak tu, buat sign emergency. Then wait for help to come, sementara tu berapunglah pada oars. Jgn memapah pada kayak, bimbang kayak tenggelam terus, sila juga jgn hilangkan oars. Kang ko terpisat-pisat taktau nak buat apa unless you are a good swimmer. Itu mmg kelebihan koranglah. Untung! Tapi toksah risau byk sgt. Kita akan sentiasa pakai life jacket. Wajib! So life jacket nie byk membantu. But being me, life jacket ke tak ke, still takut jugak. Hahaha...dasar! Then kembang hidung sorang-soranglah. Walau takut-takut, boleh la buat walau muka nampak sgt muka tension yg amat. Nasib ko la, Sue!

Kayak
Kitaorg berkayak berdua-dua. Nie cerita sedih juga la. Saya punya partner, lelaki berbadan besar. He sat at the back of course. We were in group of 8 kayaks with 16 peoples. Latihan kitaorg adalah berkayak sejauh 4.5km ke Pulau Sekadih. Ok, kalau berjalan kaki sejauh itu, tak kisahlah. Ini 'berjalan' atas air yg bergelora, start dgn ombak kecil last-last ombak tu dah jadi garang. Takde bayang langsung 'ombak-rindu'. Benci!!! Masa nie hilang tak ingat langsung muka Aaron Aziz. Hahaha...Ok berbalik pada cerita. Saya nie mengayuhlah kayak tu tapi lama-kelamaan, kayak saya yg paling ketinggalan. Jauh sgt dari kawan-kawan yg lain. Saya ckp dgn partner saya tu, kenapa kita lambat. Then dia bagi alasan, ombak nie la. Tapi ada satu cerita, tetiba topi dia hilang terbang, he insisted to go back to kutip his topi. He said, itu topi wife dia. I was gggrrr!!! Patutnya biar je la pun. Kita nie dah ketinggalan jauhhhhhhhhhh sgt. And we pun continue la berkayak. Saya nie perasan tau, kdg2 saya rasa kayak tu laju je but most of the time kayak tu mmg slow. I was thinking, ini faktor angin kencang dgn ombak yg semakin besar sampai saya dah rasa mual dan kepala dah start pening. Oh my!!! Tolonglah jangan pening, at least kasilah saya sampai kat pulau tu. To be real, at one time, saya pejamkan mata sekejap je sbb tahan pening and Uolls tahu apa jadi. Bila saya buka mata balik, saya dah dlm laut. Kayak saya terbalik. Yea right, saya terbalik kat tgh-tgh laut tu dgn ombak yg membawa saya pergi entah ke mana. Saya redho jek masa tu. Apa nak jadi pun, jadilah. Terkapai-kapailah saya. Nasib baik ada latihan water confidence tadi, so saya tahu apa yg patut saya buat. Sementara tunggu bot bantuan sampai, saya menjerit-jerit juga sbb bila trainer saya baling tali, saya makin ke belakang dibawa ombak. Agak lama juga la baru diaorg dpt saya. Allah je yg tahu, mcmana keadaan saya masa tu. Partner saya mcm takmo tolong pun masa saya dibawa ombak. Takpela, biarlah pun. Geram giler ngan dia. Bila saya dah ada atas bot, syukur saya ok tapi saya lepak. Rupanya trainer tu bawa kitaorg ke depan sikit dan suh naik balik kayak. Kali nie mmg saya tak larat dah. Trainer pun ckp ngan partner saya, dia kena kayak sorang-sorang sbb saya dah pening ngan muntah lagi. Pastu bukan saya je yg terbalik, ramai lagi rakan-rakan saya yg senasib. Last-last kutip diaorg pulak and trainer terus bawa kami semua sampai ke pulau. Barang-barang saya yg dlm kayak semua hanyut termasuk cermin-mata-hitam saya. Huhuhu...redho je byk-byk. Kiranya ekspedisi pergi nie gagal sbb hanya 3 kayak je yg sampai dgn jayanya.

Tapi Alhamdullilah, ekspedisi pulang adalah berjaya walaupun saya bebel-bebel suh org belakang kayuh laju-laju. (Nak sokseksoksek sikit...rupa-rupanya, saya dah tahu kenapa kayak saya yg paling perlahan dan ketinggalan jauh di belakang. Ini adalah kerana hanya saya seorang yg mengayuh dayung kayak itu, org yg kat belakang tu rilek je. Sesekali je dia mengayuh dayungnya. Itupun cuit-cuit je air. Boleh gitu? Kawan-kawan yg nampak dari jauh perlakuan 'tergamaknya-dia' itu. Tension, teamwork nampaknya gagal. Haishhh...harap besar je.)

Whaler
Satu lagi cabaran yg mencabar. Org zaman sekarang naik bot ke kapal ke sampan ke dah pakai enjin. Ini pakai enjin tangan. Huhuhu...menangis I!!! Kami 16org termasuk dua trainer naiklah satu whaler. Whaler nie dapat dikayuh bersama 8 tenaga manusia pada satu-satu masa. Pengayuhnya giler berat. Berat sgt. So yg lg 8 tu, standby. Kiranya bergilir-gilirlah. Latihan dgn whaler adalah pergi ke Pulau Rumbia sejauh 25km pergi sahaja. Balik kang lagi 25km lah. Bayangkan. Berada di atas whaler nie, org kata lagilah besar cabarannya. Kalau yg lelaki berbadan sasa dan gagah, boleh pancit inikan pulak yg org perempuannya. Tapi apa pun still kena buat jugak. Kitaorg bertolak ke pulau tu dlm pukul 8.30pg. Breakfast pun ala kadar je atas whaler tu. Pastu dgn panas terik atas kepala. Kalau ada angin, best la semua org leh rehat sbb angin akan bawa kita. Perjalanan sejauh 25km atas jalanraya hanya mengambil masa sekurang-kurangnya 30minit plus dgn traffik light bagailah. But this journey, it took more than 5hours menyalai diri baru sampai ke Pulau Rumbia. Bila sampai je, fuh lega tapi tak lega mana pun sbb kitaorg ada another 5jam atau mungkin lebih lagi utk esok pulak. Adoyaiii! Pastu sampai kat pulau tu, takde apa pun. Bilik air? Jgn ko mimpi ye, tandas tuk ko 'melabur' pun takde. My trainer ckp tandas 360darjah. Bawa cangkul, korek pas dah selesai kambus balik dan jgn lupa letak tanda. Kang org lain korek tempat yg sama...haru! Hahaha...survivor la kiranya nie. Mandi pun dgn air perigi keruh giler but no choice, belasah je la. Rasa nak jerit kat tgh hutan tu. Saya nak balik Johor!!! Huaaaaaaaaaaaaaaa!

Benda yg paling best, bila dpt balik ke OBS keesokan harinya within 5hours tu. Alhamdullilah. Walau byk 'ceritasukaduka' atas whaler tu, but we did it well. Mission accomplished! Bila kaki cecah je air laut kat OBS tu, barulah saya jadi diri saya balik. Sbb whaler adalah cabaran terakhir tuk kitaorg. Bila dah sampai, ramai-ramailah kemas segala tok-nenek barang, and balik bilik apalagi, mandi sepuas-puasnya dgn air bersih, basuh baju dan tidur sampai petang!!! Sorga!

Jungle Hiking
Aktiviti nie dijalankan masa kitaorg berkayak ke Pulau Sekadih tu. Sebelum balik ke OBS semula, kitaorg ada 2jam sahaja tuk naik ke bukit apa ntah kat pulau tu. Ya Tuhan! Minta nyawa. Rasa mcm nak surrender je. Tapi saya takleh buat camtu. Susah mcmana pun, saya tetap nak sampai ke puncak tu. Walau berliku perjalanannya dgn bukit yg tinggi, dgn pokok-pokok yg ada duri bagai, saya kena buat juga. Alhamdullilah, sampai juga akhirnya. Perjalanan turun lebih mencabar sbb nak kena balancekan badan bam-bam nie tuk turun bukit-bukit curam. Kang silap langkah, mau terjun tiruk saya. Kalau terus gol takpe, kalau nyawa-nyawa ikan, dah menyusahkan kwn-kwn lain pulak. Kesian diaorg. Dan kuranglah sikit rasa terkilan habis duit beli kasut tuk aktiviti nie. Kasut sukan yg mahallah kononnya tu, byk membantu. Menggrip dgn baik. You helped me, Mr Reebok!

Akhirnya saya berjaya naik dan turun dgn jayanya. Terima kasih pada semua kawan-kawan yg byk membantu. Menghulurkan tangan mereka buat saya papah tuk naik bukit-bukit tu semua. Terima kasih ye adik-adik semua. Korang semua best. Mesti korang rasa akak nie byk menyusahkan. Sorry ye.

Camping
Kitaorg buat aktiviti sebyk dua kali. Camping kat Pulau Sekadih dan Pulau Rumbia. Biasa je la. Buat khemah sama-sama. Pastu masak sama-sama, makan sama-sama. Happening jugak la.

Jogathon
Nie pun biasalah. Berjogging ramai-ramai sejauh 2km je. Tapi saya mcm biasa la...pancit! Hahaha...redho je.

Community Service
Gotong-royong bersihkan kawasan perkuburan kat Teluk Muroh. Pastu jawatankuasa masjid jamu kitaorg dgn nasi lemak. Rasa mcm bertahun tak mkn nasi lemak. Heaven U! Terima kasih ye pakcik-pakcik.

BBQ Night
Part nie yg paling best. Bukan sbb nak makan bbq tapi sbb esoknya dah boleh balik. Yea!!! Saya happy sgt. Aktiviti mcm biasalah. Sebelum majlis, kitaorg pakat-pakat susun majlis dan kena buat persembahan. Kitaorg buat persembahan guna lagu Rasa Sayang tu then add our own lyric berdasarkan cerita dan pengalaman sepanjang 9 hari kat OBS. Hahaha...fun jugak. Apalagi sesi bergambar tu wajib dan akhir sekali nyanyi lagu OBS dan paling touch nyanyi lagu Auld Lang Syne. Tapi saya tak touch pun. Hahaha...keji kan. Tak sabar nak balik, adalah. Majlis habis at 10pm. Lepas dah kemas-kemas semua, balik bilik, packing stuff and sesi bercerita ngan kawan sebilik pastu zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

Last Day At OBS
Pagi esoknya tu, penyerahan kembali barang-barang peribadi spt handphone, wallet dan jajan-jajan. Semua tu disimpan dlm peti sebaik kitaorg sampai kat OBS. Sempatlah maklum pada suami dan keluarga dan beri mereka nombor yg boleh dihubungi sekiranya ada kecemasan. Mmg terseksa la hidup tanpa handphone. 9 hari sunyi wall FB saya. Hahaha... Lepas tu ada majlis penyerahan sijil dan lencana. Tak lama pun. Then ada sesi beli brg cenderahati dari OBS buat kenangan. Pastu balik naik bas...that's the best feeling ever!

Singgah kat bandar Lumut borong apa yg patut. Saya beli keropok-keropok sikit dan ikan bilis yg best. Berbanding waktu pergi, saya tak rasa best pun. Bila dah balik, senyum je dlm bas. Bila sampai KL, turunkan kawan-kawan yg dari sana then we straight go back to JB. Singgah juga makan dan solat kat R&R Nilai. Sampai JB around 7. Oh my!!! Finally I get my life back. Syukran. 

Rumusan dan pengalaman OBS
Ok...byk sebenarnya. Mmglah at first tak suka, tapi tak bermakna at last saya suka. No-no! It just that byklah perkara positif yg saya nampak. Actually mmglah dah nampak sebelum pergi OBS pun tapi ini nampak dgn lebih jelas.

- Dlm waktu terdesak, benda yg mustahil pun boleh saya lakukan dgn jayanya. Insyaallah.
- Walau susah mcmana pun, saya usaha sehabis baik utk jayakan bersama.
- Selama ini kita berada di zon terlalu selesa, tapi sekurang-kurangnya kita tak rasa 'sakit' sgt bila berada dalam keadaan susah.
- Kalau sepuluh org yg sukakan kita, bersedia juga utk berhadapan dgn sepuluh org yg bencikan kita.
- Bersedia dgn sebarang kemungkinan.
- Kena cekalkan hati dan selalu percaya pada diri sendiri.
- Apa yang penting KERJASAMA. Kalau ini takde, takkan ada hasil yg maksimum.
- Dan kita tahu mana satu kawan mana satu lawan. 
- Kita takkan percaya yg kita dah berjaya lakukannya. 

Ada juga benda yg sampai hari ini menghantui saya. Nak tau apa??? Setiap kali mandi, saya mesti rasa mcm saya berada di tgh air laut dgn ombak yg kuat. Terus jadi semcm. Fobia eh tu? Lagi satu, kuku ibu jari kaki kanan saya tercabut. Ngeri tapi tak sakit pun. Tapi dah tumbuh kuku baru, separuh je. Hahaha...buruks!!!

Apapun saya telah lalui semua tu dgn baik. Walau saya akui tidak ikhlas berada di sana tapi sekurang-kurangnya saya ada peluang keemasan itu yg tak semua org dlm jabatan saya dapat. Experience is the best teacher by the way. Saya ambil apa yg baik. Terima kasih buat Trainer En Usop and Mr Adam. Korang akan selalu saya ingat di sini. Ok now, I miss OBS but not really. Hahaha...No pain no gain, huh!

Bye!


Tuesday, January 31, 2012

WEDDING ON THE GO

Dear blog,

Assalamualaikum.

Minggu lepas semua org bercuti panjang sempena Tahun Baru Cina.
Gong Xi Fa Cai to those who celebrate it.
Sorry yea for the late wish.

You all pergi mana sempena cuti panjang hari tu?
Me? Takde gi mana-mana pun.
But I was so busy with the preparation of my bros's wedding.
Naik kerja on Wednesday tu, terus apply cuti for Friday, 27/01/2012.
My third brother, he married again.

Mmg saya tak byk ceritakan tentang failure of his first marriage.
Takkan la saya nak publishkan pasal hal rumahtangga org. Kan?
Mmg rasa 'hazab' betul bila kitaorg terima tentang hal ini.
Kitaorg tak pernah mahukan 'ini'!!!
Kitaorg selalu buat apa pun tuk selamatkan perkahwinan ini.
Tp ini sudah kehendak dia, kitaorg tak mampu lagi dah.
Saya lebih happy kalau tgk diaorg happy together.
But, inilah 'rezeki' utk adik saya.
Kitaorg sekeluarga...redho!
Saya takmahu kata, we are in the right track but benda dah jadi pun.
Now, masing-masing dah ada hal sendiri.
Dia dgn jalan yg dia 'pilih' dan biarlah dia pergi jauh-jauh dgn ego dia.
And my brother pun dah ada life dia sendiri.
Rasanya my brother lebih 'lapang' kot dari belenggu kepalsuan oleh pompuan itu.
Hishhh...seram tgk pompuan tu.
Dari pengalaman ini, saya rasa dia mmg berani,
Walaupun saya tahu dia sedikit tertampar dgn penceraian ini.
Tu la, duk cabar-cabar org sgt. Ha! amek ko!
Sabar org tu ada hadnya.
Sejak setahun lebih diaorg dah separate, sejak itulah saya tak pernah bersua-muka dgn dia.
Bayang dia pun tak hingin saya nak tgk.

Ok lah, koser nak citer byk-byk pasal pompuan nie kat my blog.
Buat kotor jek. (Hehehe...keji la tu!)

On Friday tu, agak busy la.
Sbb nak hiaskan barang hantaran.
Takde la yg havoc-havoc sgt.
Seadanya saja.
Hanya tujuh dulang dari pihak kami dan berbalas 9 dulang dari pihak perempuan.
Dalam pada busy-busy tu, sempat gak la kitaorg habiskan masa adik-beradik.
Pagi tu, lepas cari barang2 kat SSF, terus lepak kat Tutti Frutti.
My niece la yg paling seronok.
Seusia 3 tahun, dia seakan memahami yg Ayah dia akan kahwin lagi.
Lagipun takde masalah sgt.
My niece pun sgt rapat dgn mama barunya.
Eh, lupa nak mention, sebenarnya Friday tu birthday pengantin.
Pandai eh ko, dik pilih tarikh kahwin. Hehehe...

Lepas TF, sambung cari barang lagi kat Jusco.
Wah penat seh.
Tapi saya seronok.
Dlm pukul 3ptg, kitaorg pun balik ke rumah.
Lepas lunch dgn Abah&Mak, saya sambung la buat hantaran.
Then Abah&Mak keluar sbb nak hantar invitation kad dan beli barang.

Pukul 5.30, kitaorg keluar lg.
Terus ke Puteri Pacific.
Ambil kek hantaran.
Mujur jalan tak jem.
Maklum, masih ramai yg cuti raya lg.
Balik je dari ambil kek, terus sambung buat hantaran lg.
Sampai la kul 10mlm baru siap.
Pppfffttt...lega sungguh.
Leh tidur lena.
Budak kecik yg kdg-kdg kacau saya bila boring tu takmo tidur lg.
Ada je benda dia nak sibukkan.
Tapi takde la dia kacau-kacau hantaran Ayah dia tu.
Cuma dia takleh tahan tgk dulang hantaran make-up tu.
Siap tanya bila nak buka. Eh?
Tunggu la Mama Baby tu buka, pastu Baby kasi melaram la.
Hehehe...

Esoknya, hari yg dinanti.
Mak siapkan roti jala ngan kari dalca marvelous dia sbg breakfast.
Ramai gak saudara-mara dan rakan-taulan yg dtg nak berombongan dgn pengantin.
Alhamdullilah...meriah suasana.
Terima kasih, saudara-saudaraku dan rakan-rakan.
Budi kalian pasti dibalas dgn kebaikan dan rahmat dari Allah.
Lebih kurang 10.30pg kitaorg bergerak menuju ke rumah pengantin perempuan.
Sampai kat lokasi dlm pukul 11, padahal janji nak nikah pukul 11 tu.
Sampai-sampai pun, Tok Kadi belum ada lagi.
Hehehe...takde la nampak yg kitaorg nie sebenarnya terlambat.
Tapi tak lama lepas tu, Tok Kadi pun sampai.
Tok Kadi nie brutal seh.
Sempoi jek. Muka serius tp buat lawak mcm takde jiwa.
Gedebak-gedebuk, saksi-saksi dah menyain bagai,
Pengantin perempuan pun dah ditanya, setuju ke tak,
Maka berlangsunglah pernikahan adik saya yg dinikahkan sendiri oleh wali perempuan iaitu abangnya.
Ayah pengantin perempuan sudah lama meninggal dunia.
Dengan sekali lafaz sahaja, maka sahlah mereka berdua, suami-isteri.
Alhamdullilah...lega rasanya.
Hampir menitis airmata seorang kakak.
Ye, mungkin saya poyo tp serius sedih.
Tu pun saya tahan je sbb saya takmo nangis.
Berbanding dgn pernikahan adik saya yg kedua yg berlangsung bulan 12 haritu, mmg saya tak tertahan.
Sampai sendu-sendu saya nangis. Over kan?
Mcm-mcm yg bermain dlm fikiran saya.
Yelah, dari kecik sampai la dah besar panjang nie, kitaorg selalu sama-sama.
Susah ke senang, semua pun sama-sama.
Bila dah masing-masing ada jalan hidup sendiri, saya tahu saya harus redho.
Inilah kehidupan.
Hishhh...takmo la fikir jauh-jauh sgt.

Lepas dah selesai ngan akad-nikah, mcm biasa la.
Bersalam-salaman sambil berselawat.
Pastu makan time.
Tapi majlis nie diadakan dlm keadaan yg tidak formal.
Senang cakap, dlm gaya santai jek.
Rileks.
Takde la acara berarak kompang dan bersanding.
Cuma pose-pose atas pelamin.
Ambil gambar buat kenangan.
Happy jek.

Bila dah setel, kitaorg pun pulanglah ke rumah.
Lega rasanya.
Semuanya berjalan dengan lancar.
Syukur ke hadrat Ilahi.

Terima kasih buat semua saudara-mara, jiran-jiran dan rakan-taulan.
Kerana kehadiran kalian benar-benar memeriahkan majlis itu.

Buat pengantin, Azli & Jaja.
Kami mendoakan agar kalian bersama hingga akhir hayat.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan hidayah ke atas kalian.
Dimurahkan rezeki, dikurniakan zuriat yg soleh solehah dan bahagia selalu.
-Amin-

Saturday, January 21, 2012

SORRY FOR BEING SILENT

Assalamualaikum,

Yup I know it's been a long time since my last entry on September 2011.
And now we have already in 2012.
Sorry for no new year wish.

Being so busy but I can say 'lazy' is the correct word.
And that's the reason why I don't update my blog.
Haishhh...what to do when there is no mood to do so.

Now I just don't know how to get started. (skema la sgt)
Hmmm...That's the consequences of not updating.
Hehehe...
From now on, Insyaallah I will try to update my blog regularly.
But it depends on the mood of the day.
Hahaha...poyo!

Ok...I just make the update like this:

September
Still in the raya mood.
But only you felt it and I have to raya at the hospital on day 20 of raya.
My hubby was admitted to the Hospital Penawar due to high fever.
It caused a lung infection.
He was okay, not that serious yet I was so worried about him...damn worried!!!
I was thinking only the bad thing.
What if he diagnosed with something serious? and bla-bla-bla.
I was damn scared.
But alhamdullilah after a week he was discharged and nothing serious happened to him.
Pppfffttt...seminggu saya cuti.
Then after 10 days, he again admitted to JSH.
This time due to his nose problem.
Allahuakbar...Allah tested us again.
He had undergone a minor surgery of his nose.
I pity him. He suffered for a week before the seam has open itself.
Ngeri U, bila tgk kesan jahit tu.
Dahlah saya mmg spesis takut benda-benda mcm tu.
And hubby was on m.c for a month.
Hmmm..I jeles la.


October
It was my birthday.
I was officially 35 years old.
Alhamdullilah. Thank you Allah for this life.
I'm so grateful.
Present??? Hmmm...adalah!
Hehehe...


November
On 6th adalah Hari Raya Aidiladha
Kebetulan hari itu hari lahir anak saudara saya, Miera yg ke-3tahun
And on 11 was my hubby's birthday.
He was officially 38 years old.
The rest, I just don't remember much what the big thing happen in this month.
But I was so busy with my bro wedding preparation.
Seronok shopping barang hantaran dia.
Hehehe...


December
It was so excited at the first 10 days of December.
On the 4th, it was my bro's wedding day.
Kitaorg seramai lebih kurang 20 org telah berombongan ke Kelantan.
Gerak ke Kelantan on 2nd and balik on 5th.
Pastu lebih shopping jek.
Seronok sgt.
Alhamdullilah for the safe trip pergi dan balik.
Even penat sgt tp semua org happy.

Then bila balik ofis, I got a letter to attend the training.
Hmmm...it wasn't a big deal at first.
But when I read the letter carefully, the training will be for a week!!!
What the heck!!!
And what makes me oolalala...when I saw the timetable.
Very tight schedule.
Even at night pun ada kelas.
Haiyooo!!!
Then ada ujian kecergasan, berjalan sejauh 10km dlm masa satu setengah jam.
Aduhaiii...dah la lama takde exercise.
Pastu badan nie dah berat nak mam!
Then redah je la. Alhamdullilah, I managed to do it in 1hour and 16minutes.
Lebih 10minutes dari first group.
Kesian my team. Sorry guys...coz of me, we didn't do so well.
After that, mlm tu saya dihantar ke klinik.
Kaki cramp like hell. Saya rasa bila berjalan mcm nak nangis je.
Kaki sakit sgt.
Doc bagi ubat pil and sapu, dia tak bagi injection sbb tak bengkak sgt.
And last two days, kitaorg pergi kem bina semangat.
Hishhh...tak cukup 'semangat' ke saya nie? Hehehe...
Ini lagi dahsyat.
Dlm pukul 9.30mlm, kitaorg ada ujian lg.
Iaitu meredah hutan dan paya.
Holla...paya??? I had no idea about it.
Blur sgt2.
Bila Mr Renjer tu terangkan, I got the picture.
It was so bad.
Kitaorg dibahagikan kepada 2 kumpulan sama mcm kumpulan masa berjalan 10km tu.
Oh my!!! Berjalan dlm hutan dgn cahaya yg sgt terhad dan meredah paya yg sgt 'wangi' tu,
Memberi saya satu pengalaman baru.
Mcm2 kesusahan yg dihadapi tp kitaorg dpt meredahnya. Alhamdullilah.
Yg penting team building yg bagus.
Then kitaorg dpt balik ke kem at 12am.
Penatnya, kitaorg je la yg tahu. Hehehe...
Kena bersihkan diri dan basuh baju yg bau paya tu.
Experience paling mahal tu.

Lepas seminggu bertraining, naik ofis dua hari lepas tu terus MC.
Demam seminggu.
Pulak tu satu rumah demam.
Satu mlm tu, suhu badan saya naik sampai 38.9degree.
Pukul 12mlm tu jugak saya mandi.
Lepas mandi, suhu turun la sikit.
Tapi mmg flat betul demam kali nie.

Lepas seminggu tu, still tak sedap badan lagi.
But kena juga naik ofis.

Pastu risau dgn keadaan Mak dgn Miera.
Diaorg demam teruk jugak.
Miera sampai dua kali pergi klinik.
2nd visit tu, doc bagi injection yg kuat sikit, Alhamdullilah beransur pulih dia.
Kesian si kecik tu.


January
Dugaan betul.
On 1st January, Mak saya pulak admitted.
Demam Mak tak kebah-kebah selama seminggu.
Pulak tu, bila makan je terus muntah balik.
Batuk pun tak berhenti-henti.
Bila kena admit, doctor sahkan Mak kena lung infection.
Aduhaiii...saya takut sgt.
Tapi alhamdullilah, Mak beransur pulih selepas rawatan.
Tiga hari lepas tu, Mak pun discharged.

So mmg takde mood pun nak celebrate new year.
Tapi harap-harap lepas nie benda-benda baik je la yg dtg.


Ok guys tu je la yg boleh saya recall.
Harap-harap korang tak jemu dgn panjang berjela punya pot-pet-pot-pet.
Nanti kalau ada masa saya selitkan ye gambar-gambar sikit.

Ok, esok dah GONG XI FA CAI.
Cuti sampai Selasa.
Yeehaa!!! Takde plan ke mana-mana pun.
Lebih senang duduk rumah je.
Happy holiday to all.


Wednesday, September 14, 2011

CERITA HARI RAYA 2011

Dear blog,

Assalamualaikum,

Semua orang dah buat ucapan Aidilfitri.
Kita nie je yg super slow.
Haishhh...bukan apa been busy yg teramat.
So peeps, how was your raya?
Me? Alhamdullilah.
Dapat beraya dan berkumpul bersama seluruh keluarga.
Itulah yg paling seronok.
Itulah hari raya buat saya.

Eh...tetiba rasa mcm taktau nak start cerita camna.
Nie yg menyampah nie.
Ok-ok...kita start dgn cuti raya saya.

Saya start cuti 25hb Ogos.
Start je cuti start la projek buat biskut raya.
Dari hari Khamis tu hingga Sabtu, saya dgn Mak Ajah buatlah biskut.
Sehari dapat buat 2 jenis biskut jek.
Sampai la hari Sabtu, siaplah 6 jenis biskut.
Tak banyakkan. Mmg tak buat banyak-banyak pun.
Org sekarang dtg beraya bukan makan sgt pun biskut raya nie.
Tapi bila dah campur dgn kerepek, kek...sudahnya tak cukup meja.
Hahaha...

Hari Ahad, Mak Ajah dah start buat burasak.
Saya tolong-tolong je.
Lepas tu agenda mengemas rumah.
Sampailah ke petang.
Penat tapi seronok.
Sambil kemas-kemas tu dengar lagu raya.
Aduhai...syahdu sgt.
Dalam gembira nak sambut Syawal,
Sebenarnya sedih sgt, Ramadhan dah nak pergi.
Pilu hati.

Hari Isnin, sambung kemas-kemas lagi.
Nie kemas rumah Mak Ajah jek.
Rumah saya, belum kemas sgt.
Takde la sepah apa pun.
Cuma tak touch-up je lagi.
Hehehe...
So lepas dah siap-siap kat rumah Mak Ajah,
Kitaorg bersiap-siap nak ke airport.
Nak jemput adik saya dari KL.
So, sampai je kat airport lebih kurang time landed.
Takde la lama sgt tunggu.
Lepas tu terus headed ke Jusco Tebrau.
Yea!!! It's shopping time.
Hoccay, bukan shopping apa.
Last minute shopping.
Just to kill the time.
Hohoho...poyo jek.
Mak Ajah beli kasut.
My bros cari kasut tapi takde size.
So he felt bored. Hahaha...
Then my adik-adik belikan Abah baju & seluar.
At EIC. Kitaorg buat store tu mcm kitaorg punya jek.
Miera sampai tertidur.
Then Mak Ajah & I cari lipstick.
Saya taktau nak beli apa dah.
Dah bankrap pun ye. Hohoho...
Just before breaking fast time, kitaorg sampai la rumah.
Buka ala kadar jek.
Then saya sudahkan masak lauk raya.
By 9pm mcm tu, semua setel.

Malam raya kat rumah Mak Ajah, happening giler.
Layan Miera main bunga, such a new thing.
Ye la, last year raya, we had no chance.
Alhamdullilah, she was so happy.

Pukul 10, saya ngan hubby gerak ke rumah PIL.
Hantarkan lauk-lauk raya dan biskut-biskut raya.
Senang, esok pagi takde la kelam-kabut.
Sampai rumah PIL, havoc jugak.
Dah la, org-org main mercun, dum-dam sana-sini.
Saya rasa mcm perang dah.
Boleh gegar rumah.
Sudahnya, cucu-cucu kat rumah tu semua bangun.
Giler kuat bunyi mercun tu.

Pastu terus balik.
Sampai rumah at 1am.
Terus zzzzzzzzzz...

Hari Selasa 30 Ogos 2011 bersamaan 1 Syawal 1432H.
Alhamdullilah untuk anugerah terindah dari Allah.
Setelah sebulan melalui Ramadhan, Syawal bulan kemenangan.

Rutin yg biasa di hari raya pertama.
Yg lelaki, bersembahyang raya.
Yg perempuan sibuk di dapur menyediakan juadah.
Lepas semua dah pulang dari masjid, kitaorg bermaafan.
Ini waktu paling syahdu.
Airmata mmg tak tertahan dibendung.
Waktu mensuci dan menfitrahkan diri.
Lepas tu, barulah menjamu selera.
Bergambar kenangan.
Kecoh dibuatnya.
Tapi itulah momen terindah buat kenangan.
Then, kitaorg berombongan ke rumah PIL saya.
Meriah!!!
Petang pergi beraya ke rumah bakal ehem-ehem adik saya.
Hehehe...

Petang dah sampai rumah Mak Ajah balik.
Just right time sampai rumah, sepupu ngan makcik saya datang.
Apalagi, sambung raya lah.

Lewat petang, lepas diaorg dah balik.
Saya pun pulang ke sarang.
Tak pernah dibuat org.
Tapi saya buat.
Masa tu baru ada peluang kemas rumah.
Habis satu rumah saya kasi servis.
Hehehe...puas hati.

Ha! Mcm tu la cerita raya pertama saya.

Raya ke-dua
Berombongan dgn MIL, BIL beraya rumah adik-beradik MIL kat Pasir Gudang.
Habis semua kitaorg redah.
Yg kat Kempas pun kitaorg redah.
Even penat gilerrr tapi mmg seronok.

Raya ke-tiga
Turn buat rombongan 'CikKiah' pulak ke kg halaman Abah saya.
Ke Batu Pahat kita.
Barulah feeling-feeling pulang ke kampung berhari-raya.
Inilah nasib seorang cucu yatim-piatu.
Sudah tiada datuk dan nenek.
Kampung juga tiada.
Abah dan Mak duduk bandar.
So kita mmg takde chance feeling-feeling balik kampung beraya.
Hehehe...
Start rumah MakLang, tapi MakLang pulak keluar beraya.
Takde rezeki.
Then terus ke rumah MakNdak kat Senggarang.
Dpt jumpa sepupu saya yg lama giler tak bersua-muka.
Pastu, rumah MakUsu kat Punggur.
Meriah rumah MakUsu.
Pastu, rumah PakAnjang kat Sg Dulang.
Last sekali ke rumah MakEtam kat Rengit.
Sampai rumah dah malam.

Kerana penat beraya, lupa nak ambil gambar.
Hishhh...my bad.

Oh lupa nak mention.
Pagi tu kitaorg terima berita sedih.
Anak kawan Mak Ajah meninggal dunia.
Akibat komplikasi jantung,
Sedih sgt.
Al-Fatihah buat Allahyarham.

Raya ke-empat
Kitaorg beraya kat Jusco.
Miera dah bising ajak ke sana.
Baekkk la tuan puteri.
Tapi petang Miera ikut ayah dia pergi beraya kat Batu Pahat lagi.
So, saya ngan hubby lepak je kat rumah PIL saya.
Malam baru pulang ke sarang.

Raya ke-lima
Pagi tu kat rumah jek.
Tengahari ke Muar.
Menghadiri majlis perkahwinan adik Ateh.
Sampai kat majlis tu, majlis pun dah nak habis.
Hehehe...tapi yg penting sampai jugak kan.
Lagi best tau.
Feeling-feeling lagi balik kampung berhari-raya.
Tau je la, suasana sepanjang perjalanan tu.
Sayu jek hati nie.
Damai betul suasana kampung.
Melalui Air Itam, Parit Raja, Bandar Batu Pahat.
Pastu Parit Sulong, Semerah, Parit Yusof, Sg Balang.
Barulah sampai Kuala Sungai Muda.
Lepas dah makan kitaorg pun balik la.
Masa balik tak ikut hiway.
Sure giler jem.
Ikut jalan biasa, syok giler sbb jalan clear jek.
Sampai rumah, terus flat.

Raya ke-enam.
Pagi dlm pukul 10 gerak ke airport.
Hantar adik balik KL.
Ini waktu yg saya tak suka.
Sbb bila dah ada yg balik ke sarang masing-masing,
Maknanya hari-hari biasa akan kembali.
Maknanya juga feel raya dah kurang.
Sedih sgt!!!
Masa kat airport, org sgt ramai.
Ye la, kebanyakan org dah mula bekerja esoknya.
Saya kena redha,
Sayu je hati bila tgk adik dah masuk balai berlepas.

Petangnya, we just stayed at home.
Masak spaghetti sbb kawan lama nak dtg.
Diaorg sampai around 4.30.
We had a great talk. Hehehe...
Diaorg balik nak dekat 7.
Thanks for coming, friend.

Raya ke-tujuh, ke-lapan, ke-sembilan, ke-sepuluh dan ke-sebelas
Saya di tempat kerja.
Menjalani rutin hidup biasa.

Raya ke-dua belas dan ke-tiga belas
Saya di rumah sahaja.
Rutin tugas rumah yg biasa.

Raya ke-empat belas, ke-lima belas dan ke-enam belas.
Where else...tempat kerja la.

Ok, peeps.
Itulah cerita hari raya saya.

I leave you with the random pic of my hari raya.
Enjoy it.


Di kesempatan ini, walaupun dah terlewat dan mungkin sudah hilang feel raya,

Saya memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan dan juga kekhilafan saya selama pertemuan kita di alam maya ini. Andai ada tulisan yg mengguris perasaan, tersentuh jiwa dan tersentap rasa, maaf jua yg saya mohon.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA.